Wednesday, November 30, 2016

Renungan : Seorang Ibu Sejati

Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilah seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu. Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, berikut adalah antara ciri-ciri yang selalunya ada pada ibu-ibu yang
memiliki sifat keibuan sejati:


1. Kasih-sayangnya menyerlah

Renungan : Ibu Bapa Arkitek Akhlak Anak


Syaikh Musthafa al-Adawi hafizahullah berkata:

Seseorang anak yang melihat ayahnya selalu berzikir, mengucapkan tahlil, tahmid, tasbih, dan takbir nescaya akan menirunya untuk mengucapkannya.


Begitulah juga, seseorang anak yang diutus orang tuanya di malam hari untuk memberi sedekah kepada orang-orang miskin di rumah-rumah mereka tanpa pengetahuan orang lain dia akan memiliki sikap yang berbeza dengan seorang anak yang diminta oleh orang tuanya untuk keluar membeli rokok dan barang-barang yang memabukkan.

Renungan : Nasihat Untuk Penuntut Ilmu

Berhati-hatilah dari menuntut ilmu untuk tujuan yang tidak benar dan bagi tujuan yang buruk seperti untuk berbangga-bangga, pertengkaran, riya’, dan sum’ah. Serta menjadikannya untuk mengejar habuan dunia serta jawatan. Ini bukanlah tujuan ahlul ilmi (ahli ilmu), padahal yang sebenarnya mereka adalah orang yang paling berhak. Sesiapa yang menuntut ilmu atau menggunakannya bagi tujuan yang buruk, maka dia tidak akan mendapat tempat di akhirat.

Mengamalkan ilmu bagi seseorang penuntut ilmu adalah suatu perkara yang paling utama yang perlu dipraktikkan. Hendaklah mereka memiliki sifat sebagaimana yang dituntut oleh ilmu sama ada di dalam persoalan akhlak, amalan, dan pengajaran. Dia (penuntut ilmu) adalah yang paling wajib untuk memiliki sifat dengan akhlak yang indah dan terlepas dari setiap

Renungan : Ayah Ibu... Berawaslah Mendidik

"Abdullah, kenapa buat adik gitu, Allah marah tau Abdullah suka buat adik."

"Abdullah, lepas main, simpan semua mainan ni. Allah tak suka orang yang tak kemas."

"Abdullah, kenapa nakal-nakal ni ? Abdullah tak nak Allah sayang Abdullah ke ?"

"Abdullah, kalau abdullah tak dengar cakap umi, Allah tak sayang Abdullah nanti."

Renungan : Anak Itu Kupu-kupu Syurga


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya

Renungan : Isteriku Tersayang

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan kerana isteri sebagai penenang dan penyeri rumah tangga.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan

Renungan : Suamiku Tersayang

Suami, kadang-kadang isteri menganggap bahawa suaminya tidak seperti ketika masa berkasih sayang dahulu atau merasa suami terlalu sibuk bekerja sehingga isteri merindukan hal-hal romantis bersama dengan suami tercinta. Atau ada yang merasai bahawa suami tidak prihatin, egois, dan sebagainya. Dan berikut ini beberapa ciri-ciri suami dambaan para wanita, atau yang sedang mencari suami idaman.

1. Setia Mendengar
Memiliki telinga tetapi tidak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika

Renungan : Bunga Cantik Jarang Berbau Harum


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Renungan : Lihat Langit, Hati Tenang


Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.

Renungan : Elak 9 Pembaziran

Ibnu Qayyim al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia, antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan -  jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan -  jika dibelanjakan pada perkara  tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Pembaziran hati  -  jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

Fitnah, Terfitnah, Memfitnah : Pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi


Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat syara`) Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:
“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika

Renungan : Sketsa 4 Batang Lilin

Ada 4 batang lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka
Yang pertama berkata: “Aku adalah DAMAI. Namun manusia tidak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” 

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.


Yang kedua berkata: “Aku adalah IMAN. Sayang aku tidak berguna lagi. Manusia sudah tidak mahu mengenaliku, untuk itu tiada gunanya aku tetap menyala.” Selepas itu, tiupan angin memadamkannya.

Solat Itu Soal Peribadi...?

Tadi, kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.
“Mengapa?”

Miskin Harta, Miskin Jiwa


Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. 

“Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” 

“Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan

Renungan : Indahnya Husnuszhon


Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan.


Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan

Perkongsian : 10K Dalam Persahabatan


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka ifillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insya-Allah) .



KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadang kala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah

Kesihatan Dari Perspektif Islam

Islam merupakan agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga daripada Allah.

Sabda nabi s.a.w :

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk
menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Riwayat Bukhari )

dan sabda baginda lagi:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada

Renungan : Antara Iman Dan Hati


Cahaya Hati sentiasa bersinar dan menerangi hidup jika hati kita sentiasa hidup dan segar, hati akan bergemerlapan jika sentiasa diberi dayakuasa untuk sentiasa bercahaya, dayakuasa itu diambil dari punca kuasa aktiviti-aktiviti pemantapan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Aktiviti-aktiviti pemantapan bagi menghidupkan hati ialah :


1. Menghadirkan diri ke majlis ilmu agama (tazkirah, kuliah, usrah, forum, ceramah, kelas)

2. Mengamalkan zikir/wirid yang mathur pagi dan petang.

Ibu Kita Seorang Pembohong...?

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Mengagar-agarkan Hati Anak

Mengikut sesetengah pendapat, kanak-kanak perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'degil' sekalipun cubalah kaedah lain untuk mengurangkan kedegilan itu. Kita pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil . Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

Lambaian Kepada Rezeki


Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”.

Kita mengaku kita muslim,kita ada ALLAH tapi mengapa tidak dekatkan diri dengan-NYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi.

Jendela Dunia Mutakhir

1. EU SEMAKIN TENAT
Selepas kejatuhan ekonomi Greece dan keputusan UK untuk keluar dari EU, kini pandangam awam untuk mendesak keluar dari EU semakin rancak di negara-negara lain. Sebagaimana yang dilaporkan oleh portal USA today, gerakan yang dikenali sebagai euroscepticism ini amat hebat di Perancis, Poland, Belanda, Austria, Jerman, Sepanyol, Italy, Greece, Denmark, Hungary dan Sweden.
Efek domino berlaku selepas isu Brexit yang menggemparkan dunia. Ini menunjukkan keruntuhan sistem ekonomi Liberal-Kapitalisme yang pernah dibanggakan ekonomis dunia. Walaupun kini dasar isolationisme dan nasionalis yang menjadi tumpuan, namun hakikatnya dunia masih terkapai-kapai mencari ideologi ekonomi

Amalan Yang Ikhlas

FIRMAN Allah Taala bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”.
– Surah al-Bayyinah, ayat 5

Menerusi ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya setiap orang mengikhlaskan hidupnya semata-mata kepada Allah Taala. Ia digambarkan melalui dua bentuk ibadat khusus iaitu solat sebagai hubungan antara manusia dengan Allah dan ibadat zakat yang menghubungkan antara manusia dengan manusia.

Jejak Ilmuwan : Ibnu Bajjah

Umat Islam dipercayai telah sampai ke Sepanyol pada zaman sahabat lagi. Kedatangan mereka  telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat di sana khususnya dalam bidang yang berkaitan keilmuan dan ketamadunan. Bahkan kesan tamadun Islam masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Andalusia, telah lahir ramai cendi-kiawan dan sarjana dalam pelbagai
bidang. Sebahagian mereka ialah ahli sains, matematik, astronomi, perubatan, falsafah, sastera, dan sebagainya.

Jejak Ilmuwan : Ibnu Maskawaih

Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya. Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan sahaja menjadi asas pemikiran ke­pada ilmuwan Islam yang lain seperti Ibnu Khaldun dan Jamaluddin Al Rini tetapi juga para sarjana Barat.

Teori evolusi yang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku Origin of Species mengenai kejadian dan asal-usul manusia. Dalam buku tersebut, Charles Darwin telah

Jejak Ilmuwan : Ibnu Tufail

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.

Walaupun beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina mendapat pengiktirafan dari Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Kajian-kajian mengenai tokoh berkenaan masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan.

Walaupun para sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan sejumlah karya-karya yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum diterjemahkan.

Jejak Ilmuwan : Ibnu Qaiyim Al-Jauziyyah

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.

Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa'ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara'id.

Jejak Ilmuwan : Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja

Jejak Ilmuwan : Ibnu Al-Haitham

Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang rnundur lagi memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.

Jejak Ilmuwan : Malik Ben Nabi

Malik Ben Nabi dilahirkan di Constantine, sebuah kota di Algeria Timur pada tahun 1906. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah Madrasah al-Quran di Perancis. Disebabkan kepintaran dan kepandaiannya, Malik mendapat biasiswa bagi meneruskan pengajiannya dalam kelas persediaan selama dua tahun di sekolah El-Djelis di Constantine.
Kemudian beliau memasuki sebuah madrasah yang melatih bakal hakim, guru, dan pembantu rumah sakit. Setelah memasuki madrasah berkenaan beliau didedahkan dengan kesusasteraan Perancis khususnya hikayat pengembaraan dan hikayat timur.

Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana, namun berjiwa besar. Semasa melanjutkan pengajian diperingkat tinggi di Constantine, beliau sempat bertemu dengan Syeikh Abdul Majid dan Profesor Martin. Tokoh inilah yang banyak mempengaruhi pemikiran dan pembentukan sahsiah diri.

Jejak Ilmuwan : Ibnu Rusyd

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.

Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

Jejak Ilmuwan : Al-Farabi

Digelar Aristotle kedua.
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.

Jejajk Ilmuwan : Ibnu Sina

 Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor

Jejak Ilmuwan : Ibnu Khaldun

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

Jejak Ilmuwan : Jabir Ibnu Hayyan

Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga dikenali sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah (sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.

Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru pada Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

Jejak Ilmuwan : Al-Razi

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yan mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala
dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.

Jejak Ilmuwan : Al-Khawarizmi

Baru-baru ini seorang pemimpin di sebuah negara Eropah menyatakan bahawa tamadun barat lebih hebat daripada tamadun Islam. Kenyataan itu bukan sahaja tidak benar tetapi boleh dipersoalkan. Sejarah telah membuktikan betapa tamadun Islam wujud lebih awal daripada tamadun barat. Malahan ketika empayar Islam berada di kemuncak peradaban, benua Eropah masih lagi berada dalam zaman kegelapan. Kejayaan Islam menjajah negara Sepanyol pada awal kurun ke sebelas telah membuka ruang kepada orang-orang barat mempelajari pelbagai ilmu daripada

Jejak Ilmuwan : Al-Biruni


Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni.

Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing.

Jejak Ilmuwan : 'Abbas Ibnu Firnas (810 - 888 S.M.)

Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Abbas Ibnu Firnas, telah menemukan, membangun, dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon lepas 500 tahun setelah Ibn Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang.

Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun pasca uji cuba Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan.

Jejak Ilmuwan : Ibnu al-Awwam

Sesiapa yang menyemai semaian atau menanam pertanian, lalu dimakan oleh manusia, burung, atau binatang buas, maka ia adalah sedekah bagi dirinya. Demikian kata-kata hikmah ilmuan Islam, Abu Zakaria Yahya bin Muhammad bin Al-Awwam Al-Isybili atau Ibnu Al-Awwam. 

Ibnu Al-Awwam hidup pada zaman paling sukar dan mencabar ketika peradaban Islam yang agung dari Andalus melalui zaman keruntuhan, tidak mematahkan semangat ilmuan ini menghasilkan kitab agung dalam bidang

Jejak Ilmuwan : Ibnu Majid

ISLAM AGAMAKU - Singa Lautan!. Begitulah dunia maritim Islam dan Barat menggelarkan Ahmad Ibnu Majid. Navigator Muslim di abad ke-15 itu sungguh sangat disegani para pelaut pada zamannya. Keberaniannya menentang ganasnya gelombang lautan menjadikannya seorang legenda. Kemampuan dan kehandalannya dalam seni navigasi dicatat dalam sejarah dengan tinta emas. 

Ibnu Majid yang lahir di Julphar, sekarang dikenal Ras Al Khaimah, yang berada di salah satu daripada tujuh kota Emiriah Arab pada 1421 M itu juga dikenali sebagai ahli pembuat peta atau kartografer. Muhammad Razi dalam karyanya bertajuk 50 Ilmuwan Muslim Popular mengungkapkan, pada masa hidup Ibnu Majid pada akhir abad ke-15 M, bertepatan dengan upaya penjelajah Eropah mencari

Telefon Bimbit Hilang...?

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu
mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan butang asterisk, hash, sifar, enam, dan hash (* # 0 6 #) tanpa ruang kosong.  Nombor yang akan

Tanggungjawab Di Pundak Seorang Murid

كن عالماً أو متعلماً أو محباً لأهل العلم، ولا تكن الرابع فتهلك
Seorang pelajar atau murid, mempunyai tanggungjawab amanah yang perlu dipikul. Antaranya :.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI
- Menjaga kebersihan diri, termasuklah fizikal, mental dan rohani.
- Beradab,jujur dan amanah.
- Menghargai dan menepati masa.
- Berjimat cermat.
- Bersifat wasatiah dan rendah hati.

Monday, November 28, 2016

Menegur dan Ditegur

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat di atas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumah tangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Teknik Membaca Berkesan

Oleh Taidin Suhaimin 

Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar: 
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." - (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning). 

Sunday, November 27, 2016

Kulupa Pada Janji

Syurga merupakan tempat segala kenikmatan dan kebahagiaan yang abadi dan menjadi dambaan setiap manusia yang hidup di dunia Jika ditanyakan kepada semua manusia, “Apakah yang mereka keinginkan setelah meninggal dunia ? , Pasti jawapan yang sama, “ Ingin ke syurga”.
Logiknya jawapan ini ada disebabkan bahawa semua jiwa manusia mengakui “fitrahnya” sebagai makhluk ciptaan Allah. Sebenarnya fitrah

Saturday, November 26, 2016

Anta Tanya, Allah Jawab...

1. Ketika ANTA mengeluh, "Ee.. aku penat sangat..."
    Allah menjawab :  وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتً۬ا
    "Tidakkah Kami menjadikan tidurmu sebagai istirahat" (QS78:9)
2. Ketika ANTA mengeluh, "Beratnya dugaan ini. Tak sanggup rasanya aku."

Friday, November 25, 2016

Sindrom 'Bangau'ing..,

Sejak kecil saya meminati lagu kanak-kanak yang saya pelajari dari sekolah, teman-teman dan daripada bahan-bahan bacaan. Ini termasuklah lagu kanak-kanak tradisi orang Melayu kita, mahu pun "nursery rhymes" dan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Lagu kanak-kanak yang paling saya gemari (mungkin hingga masa kini) ialah lagu "Bangau Oh Bangau".

Masih ingatkah irama dan lirik lagu ini? Jika ada yang terlupa, saya perturunkan sebahagian daripada lirik lagu tersebut seperti berikut:- 

Amanah Terbesar Ibu Bapa - Bahagian Akhir

Atau adakah pangkat dan bintang yang berjela-jela dibawa untuk dipersembahkan kepada Allah? Dengan pangkat, kedudukan dan darjat terasa seolah-olah kita sudah jadi orang besar dan terasa  bongkak dengan Allah. Dengan orang miskin dipandang hina. Dengan ulama dipandang leceh. Adakah pangkat dan darjat dapat menebus dosa yang dilakukan di dunia ini. Dapatkah semua ini menyelamatkan diri dari api neraka? Semua ini tidak berlaku di akhirat.

Memelihara anak dengan baik adalah ibadat tetapi bagaimana pula jika disebabkan terlalu sayangkan anak hingga tak sempat solat Maghrib,

Amanah Terbesar Ibu Bapa - Bahagian 2

Begitulah orang dahulu mengambil berat soal pemakanan anaknya. Sebaliknya kita bagaimana? Adakah kita bertanya dari mana buah jambu itu diambil?

Didikan seterusnya yang mesti dilakukan oleh ibu bapa ialah solat. Nabi saw pernah bersabda:

"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan solat bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia apabila tidak mengerjakan solat semasa berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka."