Wednesday, November 30, 2016

Telefon Bimbit Hilang...?

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu
mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan butang asterisk, hash, sifar, enam, dan hash (* # 0 6 #) tanpa ruang kosong.  Nombor yang akan
dipaparkan pada skrin ialah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan di tempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi
khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor IMEI ini kepada mereka supaya ia boleh disenaraihitamkan. Sekiranya pencuri hendak menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana set / sistem telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walau pun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah
cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.

Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefonbimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan. Lakukan sekarang dan sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara mara. Alang-alang sudah hilang biarlah telefon bimbit itu tidak dapat digunakan lagi.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment