Monday, December 5, 2016

10 Wasiat Imam Hasan al-Banna

Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika mendengar azan, usahakan semampu terdaya (untuk bersolat) . Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. Perhatikan, banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting serta cemas.

Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu
berzikir dan cari ilmu,walaupun sedikit. Kurangkan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kpd anda dan saya.Bacalah al- Quran kelak akan memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir dan terus berzikir.Di sini ada ketenteraman, ada kedamaian dan ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera. 

Wahai kawanku, dorongkan diri anda menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dahulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tidak paham.Antara mala petaka pertama menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar. Ayuh! Apa tunggu lagi! Bukalah ruang walaupun seminit. 

Wahai kawanku,usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ada berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya. 

Wahai kawanku, senyum selalu tetapi beserdehanalah dalam ketawa. Rasulullah paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya,tetapi berpada-pada sahaja. Wahai kawan, Plato berharap pementasan hiburan tidak bermutu dan terlalu banyak ketawa bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing. Aristotle berpendapat belia ditegah menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri. 

Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: "Rehatkan jiwamu yang sibuk dengan berfikir ,ubatinya dengan bergurau,tetapi kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam dalam gulai". 

Wahai kawanku, kawal nada suaramu setakat diperlukan pendengar di depanmu. Jangan berlebihan sehingga kata-kata kita menyakit hati orang lain. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah al-Isra' memberi tip kepada kita: "Jangan keraskan suaramu dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya. Cari jalan tengah antara keduanya." 

Wahai kawanku, usah umpat-mengumpat. Usah merendahkan pertubuhan lain. Bercakap jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat.Tidak sekali mencabuli jemaah yang lain. Perkataan kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang mati? Sesekali tidak. Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat, tetapi mesti minta ampun terhadap orang yang umpatanmu bersamanya. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syariat, iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi untuk menghapuskan kemungkaran, untuk memberi amaran kepada Muslim mengenai kejahatan, dan untuk mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan. 

Wahai kawanku, luaskan interaksimu dengan umat manusia, sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkan salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung. Bersama-sama mereka menjunjung obor suci tidak mengenali tetapi tidak sepi. 

Wahai kawanku,maksimumkan faedah waktu anda dan tolong orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkan masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual.

No comments:

Post a Comment