Thursday, December 1, 2016

Santai Minda : Pantun Sinis Pak Ngah


Tahukah tentang batas aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.

Kini kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa.

Tudung nipis terbayang rambut,
Rambut terjulur kerana singkat,
Kain di kepala hanya diikat,
Jambul tertonjol terasa hebat.

Baju-T menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada berlengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut, kudis, tahi lalat bertebaran.

Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.

Seluar ketat menjadi pakaian,
Tiada beza lelaki dan perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan.

Tudung di sekolah labuh di dada,
Bila di luar aurat didedah,
Hukum Allah pun hendak dipersenda,
Di akhirat sana sesal tak sudah.

Apa jadi dengan remaja,
Islam namanya, dosa ditimba,
Perintah Allah buat bersahaja,
Larangan Rasul buat selamba.

Allah murka Syaitan pun senang,
Nabi kata: 'berpakaian tapi telanjang'
Ada baju tak cukup benang,
Dihumban ke neraka cukup malang.

Terlalu sengsara sewaktu sakarat,
Digoda syaitan bertali-tali,
Di dalam kubur disiksa malaikat,
Menjadi ratahan ulat sefamili.

Basuh maksiat dengan bertaubat,
Agar diampuni Yang Maha Esa,
Kembalilah kita pada syariat,
Diampuni Allah segala dosa.

Pak Ngah hanya boleh menasihat,
Kepada remaja serta muslimat,
Mengikut Islam akan selamat,
IMengikut syaitan akan dilaknat.

No comments:

Post a Comment