Thursday, December 1, 2016

Terbongkarnya 7 Rahsia

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskankan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu yang jangan kita abaikan.

3. Letakkan tangan di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, macam manusia dan apa benda pun akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja kita lakukan semuanya bermula dari
kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi impak/kesan yang besar pada masa hadapan.

4. Sekarang lihat jari yang kedua, jari manis. Macam itulah dengan usia remaja. Semuanya manis mcm jari manis. Pada masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran dan dugaan. Hanyan iman dan takwa akan menunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Ketika berusia 30-an kita mempunyai status ekonomi dan kerjaya yang stabil tetapi kita kena berhati-hati sebab pada masa inilah banyak "hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu cemburu dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jadi, kita kena melipatgandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari inilah yang mengungkapkan tentang Satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk dan lihatlah betapa gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan kepada jari-jari lain. Macam itu jugalah dengan kita yang perlu menjadi role model kepada generasi baharu dan menjadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

7. Akhir sekali, renungkanlah ibu jari. Besar/gemuk dan pendek jika dibandingkan dengan jari-jari yang lain, tetapi ibu jari menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tetapi bayangkan kalau tiada ibu jari, hendak genggam/pegang sesuatu cukup susah dan hendak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, kalau hendak buat sesuatu rujuklah pada orang tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, baharulah boleh kita kata "good" atau "yes" sambil "thumbs-up", itulah rahsia kejayaan kita.

Lihat semula jari-jari anda dan renungkan/fikirkan secara mendalam. Dimanakah anda sekarang..?

No comments:

Post a Comment