Kertas Kerja Program Cakna Diri Al-Falah 2





JAWATANKUASA AL-FALAH 2
SMK AGAMA MATANG 2,
KUCHING,

PROGRAM CAKNA DIRI

MURID TINGKATAN 2

2016


TEMA : ”CAKNA DIRI HIASI PERIBADI JAYA PASTI”



TARIKH : 15 – 16hb Oktober  2016

HARI : Sabtu – Ahad)



Anjuran Bersama :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH


 






 1.0 PENGENALAN

            Sekolah tidak boleh lari daripada berhadapan masalah disiplin murid.  Walau bagaimana pun tahap keseriusan masalah disiplin tersebut mungkin tidak sama  antara satu sekolah dengan sekolah yang lain.  Berbagai-bagai jenis masalah disiplin yang wujud di sekolah.   Bagi murid yang menunjukkan masalah disiplin yang agak kritikal perlu dicegah atau dikurangkan agar tidak bertambah kronii. 

             Dengan itu Jawatankuasa Al-Falah bersama-sama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Disiplin Sekolah serta PIBG SAMAKu akan menganjurkan  program yang dinamakan PROGRAM CAKNA DIRI untuk semua murid Tingkatan 2 seramai 116 orang.  Melalui program ini, diharapkan para peserta akan dapat menanamkan daya tahan dari segi mental menghadapi persekitaran selain membentuk sahsiah ke arah yang lebih positif dengan lonjakan 'From ZERO To HERO'.

2.0 RASIONAL

Program ini memberi kesedaran dan membantu murid membentuk sahsiah kendiri ke arah tingkah laku positif.  Program ini juga sekurang-kurangnya dapat membentuk daya tahan dalam diri untuk menghadapi sebarang tekanan dan pengaruh persekitaran hidup mereka.

3.0  MATLAMAT

3.1  Membantu murid dalam mengalih ubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku  yang lebih positif.
3.2  Memberi kesedaran kendiri kepada murid bahawa mereka perlu mengamalkan mutu sahsiah kendiri yang tinggi untuk menempuh hidup bermasyarakat di sekolah atau di luar sekolah sebagai seorang murid.
3.3  Memberi pengalaman menempuh cabaran untuk menambahkan daya ketahanan dan  kesabaran dalam diri dalam menghadapi cabaran hidup sebagai murid, ahli keluarga dan masyarakat.

4.0  OBJEKTIF

4.1  Murid dapat mengenali diri dengan melihat kekuatan dan kelemahan diri.
4.2  Diharap murid dapat sedar tentang kepentingan sahsiah diri yang baik dalam hidup mereka untuk menjadi ahli masyarakat di sekolah atau di luar sekolah yang bertanggungjawab.
4.3  Diharap murid dapat mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku             positif dalam murid dan untuk masa hadapan.
4.4  Murid juga diharap bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga cemerlang dalam menghadapai sebarang cabaran dan tekanan dalam hidup sebagai seorang individu yang hidup asyarakat.
4.5  Membina sistem pertahanan diri bagi mencegah daripada dipengaruhi budaya negatif.
4.6  Menghidupkan semangat bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat

5.0   TEMA
”CAKNA DIRI HIASI PERIBADI JAYA PASTI”


6.0  SASARAN
        6.1     116 orang murid Tingkatan 2 (penyemaian sahsiah kendiri positif sebagai        persediaan menghadapi medan PT3 2017)
        6.2     20 Pembantu : ( Pengawas Tingkatan 3 dan 4 )

6.0  TARIKH PELAKSANAAN
7.1  15 -16 Oktober 2016 (Sabtu – Ahad)

8.0   TEMPAT
8.1  SMK Agama Matang 2, Kuching.

9.0  JURULATIH & FASILITATOR
9.1  Guru – guru disiplin
9.2  Guru Kaunseling SAMAKu
9.3  Jawatankuasa Al-Falah 2
9.4  20 Pengawas Tingkatan 3 dan 4 (10L + 10P)

10.0  BAHAN / ALATAN KEPERLUAN
Bil.
Alatan
Diperlukan
Catatan
1
Siaraya
2 Mic
1 loud hailer
4 Walkie-talkie
Sekolah
2
Kain putih 2' x 4'
10 helai
CARA
3
Kertas Mahjong / sebak
20 keping
Sekolah
4
Pen Marker (4 warna)
10 set
Sekolah
5
Kad Manila
10 keping
Sekolah
6
Belon
300 unit
CARA
7
Wisel
10 unit
CARA
8
Kraker
117 keping
CARA
9
Tali rafi
5 gulung
Sekolah
10
Lilin
5 dozen
Sekolah
11
Suratkhabar lama

Tuan Hj. Tuah
12
Tali jut (Tarik tali)
80 kaki
Pinjam dari SKTA
13
Kek Harijadi
1
CARA
14
Air mineral
14 kotak
Sekolah
15
Banner
1
CARA
16





 11.0 PELAKSANAAN
            11.1      Ceramah
            11.2      Latihan Dalam Kumpulan
            11.3      Kuliah / Tazkirah
            11.4      Kawad kaki
            11.5      Riadah
            11.6      Sesi individu
            11.7      Amali Solat
             
 12.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : Hari Pertama ( Sabtu )
Masa
Aktiviti
Tindakan
Personel
0800
Ø  Pendaftaran peserta
Ø  Pembahagian kumpulan
Ø  Pemberian amanah
Abdul Rahim Abol Mazlina Usop
Pengawas
1030
Rehat / Santai Diri
1100
Ø  Ceramah 1 – Sahsiah Aku dan Masa Depan
Mohd. Nizam Sinu
MC – K1
Pencatat – K2
1230
Ø  Makan tengah hari / Zohor
Warden Bertugas
Pengawas
1345
Ø  LDK 2- Menganyam Peribadi Unggul
Abdul Rahim Abol
Kumpulan 2
1530
Ø  Asar / Kultum
Wan Najibbadrul
Pengawas
1615
Ø  Aktiviti Peluh Jantan
Pengakap
Pengawas
1730
Ø  Makan malam / Maghrib / Sentuhan Kasih Bonda / Isyak
Warden Bertugas
Abdul Rahim Abol
Pengawas
2030
Ø  LDK 3 - Potensi Diri VS Kejayaan
Abdul Rahim Abol
Kumpulan 3
2230
Rehat / Santai Diri
2300
Ø  Hafazan
Muhd. Syaifuddin
Pengawas
2400
Ø  Aktiviti Sebatang Kara
Mohd. Rifky
Pengawas
xxxx
Ø  Tidur / Rehat
Warden Bertugas
Pengawas


Tarikh : Hari Kedua (Ahad )
Masa
Aktiviti
Tindakan

0400
Qiamulail, solat subuh, Tazkirah
Warden Bertugas
Pengawas
0630
Sarapan / Santai Diri
Warden Bertugas
Pengawas
0730
LDK  3 - Solat Berkualiti
Penceramah Jemputan
Abdul Rahim Abol
0930
Rehat /Santai Diri
1000
Aktiviti Sekolahku Sayang
Urus Setia
Pengawas
1130
Persediaan Majlis Penutup
Urus Setia
Pengawas
1200
Majlis Penutupan
Urus Setia
Pengawas
BERSURAI / ZOHOR


13.0  ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM

            13.1      Saguhati Penceramah 1 x RM200 = RM200 (Sumber PIBG)
           
14.0   AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM CAKNA DIRI SAMAKu 2016
          
BAHAGIAN
PEGAWAI
PERINCIAN TUGAS
PENASIHAT
Pengetua

·       Merasmikan  penutupan Program
·       Meluluskan peruntukan kewangan, peralatan
·       Menyelia pelaksanaan program
PENGERUSI
PK HEM

·       Mempengerusikan mesyuarat
·       Menyelia pelaksanaan program
PENYELARAS             
Ketua Jawatankuasa Al-Falah 2
Puan Khairunnisa Abdullah

·       Memanggil  mesyuarat  sebelum program
·       Menyelaras aktiviti Program
·       Menyediakan kertas kerja
·       Memohon peruntukan
·       Merancang dan menyusun atur perjalanan aktiviti
SETIAUSAHA 
 Puan  Wardati Karim                            
·       Menyediakan minit mesyuarat
·       Membuat laporan / dokumentasi
·       Mengetuai urus setia program
·       Menyediakan keperluan kursus dan peralatan Program
BENDAHARI
Kamariah Adil
·       mengurus bahagian kewangan / keperluan
KOMANDAN KEM   
En. Abdul Rahim Abol
·       Memberi taklimat sebelum program bermula
·       Memantau pelaksanaan aktiviti seperti yang dirancang
·       Menyelia  petugas-petugas mengikut unit masing-masing
·       Memastikan semua aktivti yang dirancang berjalan mengikut masa yang ditetapkan
·       memastikan kelancaran keseluruhan program
·       Memberi taklimat kepada guru-guru bertugas
·       memastikan peraturan dipatuhi oleh semua peserta
·       Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal
·       Memantau komitmen setiap peserta / fasilitator

TIMB. KEM KOMANDAN :
En. Wan Najibbadrul Wan Abdul Latip
·       Mengambil alih semua tugas Komandan Kem semasa ketiadaan beliau.
·       Memantau pelaksanaan aktiviti seperti yang dirancang
·       Menyelia  petugas-petugas mengikut unit masing-masing
·       Memastikan semua aktivti yang dirancang berjalan mengikut masa yang ditetapkan
·       memastikan kelancaran keseluruhan program
·       Memberi taklimat kepada guru-guru bertugas
·       memastikan peraturan dipatuhi oleh semua peserta
·       Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal
·       Memantau komitmen setiap peserta / fasilitator

URUS SETIA
Puan Khairunnisa Abdullah
Puan Wardati Karim

·       Menyedia tag nama
·       Menyediakan peralatan seperti marker pen,  kertas putih, kertas kajang sekiranya diperlukan
·       Memastikan  keperluan sepanjang prgm telah di sediakan
·       Memasang & menyediakan LCD, skrin putih untuk keperluan ceramah
·       perlu hadir sepanjang program (mengikut jadual) yang ditetapkan oleh ketua
·       Menilai dan mencari peserta terbaik/kump terbaik
·       Mengambil kehadiran peserta  tengahari, petang,   malam
·       Menyedia dan menyerahkan lapran perjalanan setiap  aktiviti kepada kem komanden
·       Membantu kelancaran  program/ pelaksanaan aktiviti
·       Wajib menghadiri semua mesyuarat program bersama kem komanden dan guru-guru
SIARAYA        
En. Syarmiza
Pengawas
·       memastikan  sistem siaraya sentiasa berfungsi setiap masa.

KESELAMATAN
PERUBATAN   
Encik Mohd. Rifky bin Afendi
·       memastikan keselamatan murid semasa di dlm atau diluar sekolah ketika pelaksanaan program
·       memastikan murid tidak mendpt ancaman dari luar
·       menyediakan ubat-ubatan yang sesuai sepanjang program
·       menghantar murid yang sakit untuk mendapatkan rawatan
JURUKAMERA
Pengawas
·       merakam aktiviti murid sepanjang pelaksanaan program .
PENILAIAN PROGRAM
Puan Mazlina Usop
·       menyediakan dan mengedarkan borang penilaian program
·       merumus dan menulis laporan penilaian program
MAKAN DAN MINUM
Dayang Halimah Abg. Indi
·       Mempastikan makan minum murid mencukupi
·       memastikan bahan mentah untuk dimasak oleh murid telah disediakan
·       Memastikan ada murid yang menyediakan makanan
HADIAH
Shartilla Ali
·       Mengurus pembelian dan penyampian  hadiah
PEMBANTU ( 20 PENGAWAS)


·       membantu setiap bahagian
·       membantu kelancaran  program
·       membantu pelaksanaan  aktiviti
·       wajib menghadiri semua mesyuarat program bersama kem komandan dan guru-guru
WARDEN BERTUGAS
Rujuk tentatif


·       perlu berada di sekolah seperti masa yang ditetapkan dan membantu AJK yang lain mengikut keperluan


  • PENGERUSI, PENYELARAS,  TIMBALAN PENYELARAS, KOMANDAN PERKHEMAHAN , TIMBALAN KEM KOMANDEN DAN URUSETIA AKAN SENTIASA HADIR SEPANJANG PROGRAM  MENGIKUT MASA YANG AKAN DIPERSETUJUI KELAK
     
15.0  PENUTUP

         Diharapkan program ini dapat membantu murid yang berisiko dispin untuk menyedari dan memperbaiki diri dari segi sahsiah, akademik dan sosial. Memandangkan program ini adalah julung kali diadakan,, jika berjaya bakal menjadi aktiviti tahunan khusus untuk semua Jawatankuasa Al-Falah di samping murid – murid berisiko dan berpotensi melakukan salah laku disiplin yang memungkinkan mereka dibuang sekolah atau terlibat dengan jenayah.

Disediakan oleh,


(ABDUL RAHIM BIN HJ. ABOL)
Komandan Perkhemahan
PROGRAM CAKNA DIRI
AL-FALAH 2
2016






No comments:

Post a Comment